HOLISTICS LAB Sdn Bhd

Dokumentasi Halal, Susah ke?

Apakah keperluan dalam dokumentasi Halal?

Terdapat dua jenis fail yang diperlukan dalam dokumentasi Halal iaitu fail Halal dan juga fail HAS (Halal Assurance System). Fail halal adalah wajib dibangunkan oleh setiap syarikat yang ingin memohon sijil Halal, manakala bagi fail HAS, hanya syarikat tertentu sahaja yang perlu membangunkan dokumentasi tersebut.

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  2. Lesen Perniagaan
  3. Peta Lokasi Premis
  4. Pelan Susun Atur Kilang
  5. Rekod Invois (Pembelian Bahan Mentah)
  6. Sistem Jaminan Halal
  7. Rekod Kawalan Makhluk Perosak
  8. Rekod Maklumat Pekerja

Berbeza dengan fail Halal, fail HAS perlu dibangunkan mengikut saiz syarikat. Hanya syarikat yang bersaiz sederhana dan besar sahaja perlu menyediakan fail HAS. Manakala syarikat bersaiz mikro dan kecil perlu membangunkan fail IHCS (Internal Halal Control System). Fail HAS ini adalah salah satu inisiatif daripada pihak JAKIM bagi memastikan integriti halal sentiasa terjamin secara menyeluruh bermula daripada pembelian bahan mentah sehingga keluarnya produk akhir (finished goods).

Perbezaan saiz syarikat telah menyebabkan syarikat-syarikat ini memerlukan dokumentasi yang berbeza juga. Semakin besar saiz syarikat itu bermaksud semakin kompleks suatu organisasi itu. Oleh itu, perkara yang diperlukan dalam fail HAS adalah lebih banyak berbanding daripada fail IHCS.

Syarikat bersaiz sederhana dan besar memerlukan dokumen seperti dibawah:

  1. Polisi Halal
  2. Jawatankuasa Halal Dalaman
  3. Rekod Latihan Halal
  4. Audit Halal Dalaman
  5. Kawalan Risiko Halal
  6. Kebolehkesanan
  7. Semakan HAS
  8. Analisis Makmal
  9. Sertu

Bagi syarikat mikro dan kecil yang perlu membangunkan fail IHCS, dibawah adalah senarai dokumen yang diperlukan dalam fail IHCS:

  1. Polisi Halal
  2. Kawalan Bahan Mentah atau Kawalan Risiko Halal
  3. Kebolehkesanan

Rujukan yang boleh anda gunakan untuk maklumat lanjut adalah Manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM 2020) dan juga Malaysian Halal Management System (MHMS 2020). Untuk info lanjut, anda juga boleh hubungi kami HOLISTICS Lab Sdn Bhd melalui platform media sosial.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top